Isu bahasa rojak bukanlah sesuatu yang ganjil lagi di negara ini. Di Malaysia, bahasa rojak merujuk kepada percakapan yang beralih kod, iaitu mencampurkan pelbagai bahasa ke dalam satu pertuturan, namun bahasa dasarnya adalah bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak boleh dianggap sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul, malah perbuatan ini boleh mendatangkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Kewujudan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan remaja dan golongan siswa siswi akan menjejaskan aktiviti pembelajaran bahasa.
Bahasa rojak telah pun mempunyai sejarahnya yang tersendiri di negara ini. Bahasa rojak telah pun wujud seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu melalui sistem entrepot yang didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Aktiviti perdagangan yang berlaku menarik ramai pedagang dan secara keseluruhannya, tedapat lebih 80 bahasa yang dituturkan di Melaka pada ketika itu oleh pedagang-pedagang asing. Pedagang mengunapakai pelbagai bahasa dalam perbualan seharian ketika berdagang di Melaka. Mengikut Ensiklopedia Malaysia, ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.
Contoh bahasa rojak:
Kau memang terror (hebat) la!
Tempat makan ni best (bagus) sangat!
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)
Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!
Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?
No comments:
Post a Comment