HORMATI KEPELBAGAIAN KAUM
Di Malaysia, terdapat
pelbagai kaum seperti kaum Melayu, China, India, dan juga etnik-etnik monoriti
yang lain seperti kaum Melanau, Bidayuh, Iban, orang asli dan lain-lain.
Kepelbagaian kaum ini sudah semestinya mempunyai pelbagai agama, anutan dan budaya.Masyarakat
yang tinggal di dalam negara ini memainkan peranan yang penting dalam
membangunkan negara yang berdaya saing dan dapat melahirkan negara yang aman
damai. Melalui kepelbagaian kaum dan etnik ini, kita seharusnya saling hormat
menghormati satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan kaum, seterusnya dapat
menjadikan negara ini aman dan bersatu-padu. Setiap kaum mempunyai peranan
masing-masing dalam membangunkan ekonomi, sosial dan persekitaran yang maju
bagi negara ini.Oleh itu, dalam membentuk sebuah negara yang utuh menjelang
Wawasan 2020, semua kaum perlu bersatu-padu dan harus saling menghormati bagi
mencapai sebuah negara yang maju.
No comments:
Post a Comment