PENGGUNAAN BAHASA RASMI
Menurut Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, Perkara 152 (1), bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu
dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan.Bahasa Melayu merupakan bahasa
rasmi bagi negara Malaysia, iaitu bahasa Melayu perlu digunakan untuk maksud
rasmi. Sebarang urusan yang melibatkan upacara rasmi haruslah menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti dalam perbahasan Parlimen, urusan
surat menyurat, urusan pos, urusan pentadbiran dan sebagainya. Setiap negara mempunyai bahasa rasmi yang
berbeza.Sebagai contoh, negara Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasminya manakala Singapura menggunakan bahasa Inggeris, Mandarin,
Melayu dan Tamil sebagai bahasa rasminya. Pengguanaan bahasa rasmi bagi
sesebuah negara akan memudahkan urusan pentadbiran serta dapat menyenangkan
pelbagai pihak yang berinteraksi di dalam negara. Oleh itu, penggunaan bahasa
rasmi haruslah dimanfaatkan oleh masyarakat sesebuah negara kerana ia akan
membantu memudahkan interaksi antara masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment