PENYALAHGUNAAN TELEFON
BIMBIT DALAM KALANGAN REMAJA
Telefon bimbit sememangnya alat komunikasi yang
penting pada masa kini.Penggunaannya kini bukan sahaja oleh golongan dewasa dan
remaja, malah juga oleh kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang baru
mencapai umur sembilan ke atas.Telefon bimbit sememangnya memberikan banyak
manfaat kepada pengguna. Manfaat yang boleh didapati melalui panggunaan telefon
bimbit antaranya adalah dapat berhubung dengan orang yang berada tidak kira
sama ada dekat atau jauh, bermanfaat digunakan ketika kecemasan seperti seorang
ibu yang ingin melahirkan anak, kemalangan, kes penculikan dan sebagainya.
Telefon bimbit boleh didapati dalam palbagai jenama seperti Nokia, Samsung,
Sony Ericson dan sebagainya.Kemudahan yang terdapat pada telefon bimbit,
khususnya “internet” memudahkan seseorang pengguna untuk mendapatkan
maklumat.Namun demikian, penyalahgunaan “internet” boleh berlaku di mana-mana
sahaja oleh pelbagai pihak terutamanya remaja masa kini.Penggunaan “internet”
yang dianggap dunia tanpa sempdan membolehkan semua orang mengakses maklumat
dengan mudah. Bagi golongan remaja yang tidak mempunyai pengawasan daripada
orang dewasa atau orang yang lebih tua, mereka akan mudah melihat video lucah
di dalam “internet” dan tindakannya ini akan mendorong mereka untuk melakukan
perkara sumbang. Oleh itu, pemantauan daripada golongan yang lebih dewasa amat
perlu supaya setiap tindakan remaja khususnya dapat diawasi dengan baik.
No comments:
Post a Comment