UTAMAKAN KESELAMATAN
Menjelang musim perayaan
khususnya, ramai pengguna jalan raya yang berpusu-pusu di atas jalan raya untuk
ke destinasi masing-masing.Terdapat pelbagai jenis ragam pengguna yang dapat
dilihat apabila berada di atas jalan raya.Ada yang menunggang motosikal,
berkereta, berkontena dan sebagainya.Masing-masing ingin menuju ke tempat yang
dirancang.Kebayakan pengguna jalan raya ingin sampai cepat ke destinasi. Oleh
itu, ramai yang mengabaikan aspek keselamatan seperti tidak memakai tali
pinggang keledar,tidak memakai topi keledar, menggelapkan cermin kereta dan
sebagainya. Semasa dalam perjalanan, aspek-aspek keselamatan ini diabaikan.
Sikap tidak berhemah ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya
yang akan meragut banyak nyawa. Langkah keselamatan perlu diambil ketika
memandu kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga seterusnya boleh mengurangkan
kesan sekiranya berlaku kemalangan.Sikap pemandu juga penting ketika
pemanduan.Setiap pemandu mesti mempunyai sikap berhemah ketika di jalan raya
dan pemandu juga harus bersabar ketika memandu.Sikap tolak ansur penting kerana
dapat melancarkan perjalanan.
No comments:
Post a Comment