PENAGIHAN DADAH DALAM
KALANGAN MASYARAKAT
Pada masa kini, dadah
mudah didapati di mana-mana sahaja.Pengambilan dadah secara haram sangat
membimbangkan kerana sesiapa sahaja boleh terlibat dengannya jika tidak
dipantau. Dadah mudah didapati terutamanya di negeri-negeri yang berhampiran
dengan negara jiran seperti negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan
negeri-negeri lain. Dadah terdapat dalam pelbagai jenis seperti pil kuda, ice,
syabu, ganja, pil khayal dan sebagainya. Pengambilan dadah secara berlebihan
akan mendatangkan kesan buruk kepada seseorang individu dan akan membuatkan
kehidupan seseoarng itu sengsara. Gejala penagihan dadah dalam kalangan
masyarakat hari ini terutamanya dalam kalangan remaja yang menjadi asset
penting negara sangat membimbangkan.Banyak faktor yang dikenalpasti yang
menjadi punca kepada gejala penagihan dadah.Antara faktor pendorong kepada
penagihan dadah ialah jati diri yang tidak kuat, terpengaruh dengan rakan,
tekanan, masalah keluarga, sikap ingin mencuba dan sebagainya. Banyak cara yang
akan dilakukan bagi mendapatkan bekalan dadah sekiranya seseorang itu berada di
tahap ketagihan yang serius. Gejala ini sangat membimbangkan semua pihak
terutamanya keluarga. Memandangkan bekalan dadah mudah diperoleh melalui penyeludupan
masuk ke negara ini, ia akan melibatkan lebih ramai mangsa yang terpengaruh
dengan penagihan ini. Bagi seseorang yang mempunyai sikap ingin mencuba,
sedikit ajakan sahaja akan terus membuatkannya terpengaruh. Oleh itu, bagi
mengatasi masalah ini, ibu bapa khususnya harus memantau segala tindakan
anak-anak dengan bijaksana supaya gejala penagihan dadah tidak merebak ke dalam
masyarakat.
No comments:
Post a Comment