PENDERAAN KANAK-KANAK
Saban hari, kes penderaan kanak-kanak
sering menjadi tajuk utama di muka hadapan akhbar-akhbar tempatan. Kes
penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan semakin meningkat dari setahun
ke setahun. Kanak-kanak yang menjadi mangsa adalah tidak mengira umur
sehinggakan bayi seklaipun turut menjadi mangsa. Kebiasaannya, umur kanak-kanak
yang menjadi mangsa kes penderaan berumur antara setahun keatas sehingga umur
dua belas tahun. Mangsa penderaan seperti kanak-kanak lelaki dan wanita.
Pelbagai punca dikenalpasti sebagai faktor yang mendorong berlakunya kes
penderaan ini seperti tekanan, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah
psikologi serta gangguan jiwa, tekanan dari pihak luar, balas dendam dan
sebagainya. Kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi tempat melepaskan perasaan
dan balas dendam dengan menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa. Pelbagai bentuk
penderaan yang dilakukan ke atas kanak-kanak seperti dipukul dengan benda keras
pada badan, dihumban ke dalam tandas, didera dengan seterika panas, disimbah
air panas, dirotan seluruh badan, dihenyak dengan bantal dan sebagainya. Bagi
mengelakkan masalah ini terus berlaku, laporkan kes penderaan yang berlaku di
sekitar kawasan anda kepada pihak berkuasa seperti pihak polis.
No comments:
Post a Comment