Hormati orang yang lebih
tua
Pada masa kini, budaya
menghormati orang yang lebih tua kian pudar terutamanya dalam kalangan remaja
yang terpengaruh dengan budaya luar yang dianggap sebagai punca terjadinya
keadaan sedemikian.Budaya menghormati orang yang lebih tua sepatutnya
dipraktikkan oleh generasi muda.Amalan menghormati orang yang lebih tua adalah
suatu budaya yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh generasi
terdahulu.Tidak dinafikan bahawa bukannya tidak ada generasi muda yang
menghormati orang yang lebih tua pada masa kini, namun budaya ini seolah-olah
dilihat semakin dilupakan dan tidak lagi dipedulikan.Budaya ini sepatutnya
diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi, sesuai dengan kata
pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Seperti mana yang
dimaklumi, untuk mengajarkan sesuatu itu haruslah bermula dari kecil.Bukan tidak
boleh jika mengajar sesuatu ketika seseorang itu meningkat remaja, tetapi jika
baru remaja sesuatu budaya itu mahu diajarkan, amalan itu tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, ibu bapa khususnya haruslah mengajarkan
budaya menghormati orang yang lebih tua kepada anak-anak sejak mereka kecil
lagi kerana pada peringkat usia kanak-kanak, mereka lebih senang mengikuti
sesuatu yang diajarkan itu dan pada masa ini juga, anak-anak tidak pandai untuk
membantah dan memberontak. Ibu bapa juga khususnya perlu menunjukkan teladan
yang baik kepada anak-anak supaya anak-anak cenderung untuk mengikut perbuatan
orang tuanya. Amalan menghormati orang yang lebih tua tidaklah susah. Sebagai
contoh, memberi salam ketika bertemu, bertanya khabar, dahulukan orang yang
lebih tua dalam setiap tindakan, bernada sopan ketika berbicara dan sebagainya.
Oleh itu, jadikan amalan menghormati orang yang lebih tua sebagai amalan yang
berterusan.
No comments:
Post a Comment